Friday, November 5, 2010

LAGI KOLEKSI TERBARU

Hari ini saya berkesempatan untuk memuatkan lagi koleksi terbaru Rins Suzana Fashion bagi memberi lebih pilihan buat anda semua. Semua koleksi ini boleh didapati di Butik Rins Suzana di Taman Permata Ulu Klang, lot kedai baru bersebelahan Giant Taman Permata. Saiz yang tersedia buat masa ni adalah antara S-M.

Kebanyakan koleksi terawal ini adalah berwarna hitam, putih, grey, pink dan merah. Bagi saya, warna-warna tersebut adalah amat bersesuaian dengan konsep pakaian ke pejabat, yang akan menampakkan diri lebih agresif, 'smart', tapi masih mengekalkan ciri feminin anda sebagai seorang wanita yang gigih berkarier.

* Buat masa ini koleksi-koleksi hanya boleh didapati di Butik Rins Suzana di Taman Permata, Ulu Klang atau boleh hubungi 013-9400160 (Suzana Abdullah)

JACKET (CODE 4092) : RM59   DISCOUNT 20% = RM 47 (offwhite / black **size S & M)
BELT (CODE 1072178) : RM29   DISCOUNT 10% = RM 26 (black)
DRESS (CODE 7397) : RM60   DISCOUNT 20% = RM 48 (black / grey ** FREE SIZE)

DRESS (CODE 98011) : RM70   DISCOUNT 20% = RM 56 (dark choc / dark green ** size S)

DRESS (CODE 7410) : RM59   DISCOUNT 20% = RM 47 (black / white ** size S & M)

DRESS (CODE 7021) : RM45   DISCOUNT 10% = RM 40 (black / white / orange ** size S & M)
BELT (CODE 1072178) : RM29   DISCOUNT 10% = RM 26 (black)

DRESS (CODE 7021) : RM45   DISCOUNT 10% = RM 40 (black / white / orange ** size S & M)
INNER (CODE 3125) : RM19   DISCOUNT 10% = RM 17 (black ** FREE SIZE)

DRESS (CODE 1001) : RM79   DISCOUNT 10% = RM 71 (dark choc ** size S)

Thursday, November 4, 2010

Rins Suzana Fashion For Ladies

4 November 2010

Salam buat semua pengunjung setia dari laman web rinssuzana yang singgah ke blog baru "Rins Suzana Fashion For Ladies", juga ucapan selamat datang buat ‘tetamu-tetamu’ baru yang sudi klik ke blog fesyen milik Rins Suzana ini..

Ucapan aluan dan salam perkenalan saya tujukan khas untuk semua pengunjung yang telah sinonim dengan nama Rins Suzana mahupun yang belum mengenali siapa di sebalik nama Rins Suzana.

Sebagai pengenalan, saya ingin memperkenalkan diri sebagai Suzana Abdullah, kini berusia 30 tahun. Jikalau sebelumnya saya lebih sinonim sebagai pemilik  Rins Suzana yang menawarkan servis dalam bidang perkahwinan di Kuala Lumpur, namun bermula saat kini Rins Suzana telah mula menawarkan sedikit kelainan berbanding kebiasaan rutin servis Rins Suzana.

Sebelum saya meneruskan coretan saya, ingin saya memberi sedikit gambaran tentang diri saya. Sejak dari pendidikan awal saya dulu, saya telah diasuh dengan gaya penulisan bahasa yang formal atas sebab ayah tercinta adalah seorang pegawai di unit Bahasa Malaysia di Jabatan Pendidikan Negeri. Jadi beliau amat menekankan gaya bahasa yang lebih teratur walaupun terlalu sukar untuk saya praktikkan. Namun, kerana setiap hari saya diasuh dengan bahasa sejak dari kecil, saya jadi agak kaku untuk menulis dengan bahasa atau ayat yang sempoi terutamanya dalam laman-laman web milik saya dan Rins Suzana.Kerana itu, saya berharap agar pengunjung laman blog baru saya ini tidak merasa boring dengan ‘coretan formal’ dengan gaya penulisan saya yang tersendiri.

DARI BUTIK PENGANTIN..

Sejak 7 tahun yang lalu, Rins Suzana hanya memfokuskan servis dalam bidang perkahwinan. Dengan minat yang mendalam terhadap ‘fashion & decoration’, saya dan suami menceburi bidang tersebut dengan penuh minat dan kerelaan hati walaupun terpaksa meninggalkan kelulusan yang dimiliki. Kami memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah sewaan sehinggalah sedikit demi sedikit kami ‘olah’ perniagaan Rins Suzana menjadi semakin lebih baik dari apa yang kami mampu tawarkan sebelum ini.

Dengan berbekalkan minat yang masih sama terhadap fesyen, saya ingin membawa persepsi pandangan pelanggan terhadap Rins Suzana ke satu sudut yang berbeza sedikit berbanding kebiasaan perniagaan saya. Kini, bermula November 2010, Rins Suzana bukan sahaja dikenali sebagai butik perkahwinan, namun saya ingin mengajak anda semua untuk mengenali Rins Suzana sebagai sebuah butik yang turut menawarkan koleksi pakaian ke pejabat dengan penuh gaya berfokuskan kepada individu yang inginkan fesyen yang tersendiri. 

BAGAIMANA TERCETUSNYA IDEA PEMBUKAAN ‘RINS SUZANA Fashion For Ladies’..
Sejak tahun lalu, saya semakin kerap berurusan dengan pelbagai pihak luar yang seolahnya ‘mewajibkan’ saya untuk mencari-cari pakaian yang lebih bersesuaian dengan karier saya sekarang. Apa yang saya perlu, ada ketika saya perlu bersedia untuk bekerja di lokasi majlis pelanggan dengan kerja yang lebih lasak, namun ada ketikanya saya harus mempunyai pakaian ‘spare’ di pejabat urusan saya kerana ada ketika pihak-pihak tertentu yang tiba-tiba muncul untuk berjumpa saya atas urusan yang lebih formal.

Apabila berhadapan dengan beberapa situasi rutin saya serentak dalam satu hari, saya mula memikirkan bagaimana saya perlu memenuhi keperluan fesyen pakaian saya setiap hari. Ini juga kerana biasanya tiap hari, ‘kerenah’ kerja saya adalah berbeza-beza, terutamanya hari Sabtu & Ahad saya menghabiskan masa di butik membantu staf melayan pelanggan. Bagi saya, kerjaya yang memerlukan penglibatan bersama client2 adalah amat penting untuk kita jaga penampilan yang kemas dan sopan. Kerana itu juga saya sentiasa mengingatkan seluruh staf saya untuk sentiasa mewujudkan perwatakan yang ceria bermula dari penampilan yang kemas sebelum bersedia berjumpa pelanggan.

Bermula dari perniagaan butik perkahwinan Rins Suzana lah, maka kini telah tercetusnya idea untuk menawarkan lagi satu butik pakaian khusus fesyen ke pejabat milik Rins Suzana bertempat di lokasi yang sama di Taman Permata, Ulu Klang. Sebagai titik permulaannya, saya lebih memfokuskan fesyen-fesyen ke pejabat dahulu sebelum menambahkan lebih banyak koleksi santai, kasual, mungkin juga koleksi pakaian bulan madu dan pelbagai lagi fesyen khusus untuk wanita yang suka menampakkan diri yang cute, comel, ranggi, lebih muda dan paling penting menarik dan tersendiri.

Semoga pelancaran perkhidmatan dan koleksi terbaru dari Rins Suzana ini dapat diterima oleh anda semua. Anda dijemput untuk berkunjung ke butik Rins Suzana di No. 8B, Persiaran Permata, Taman Permata, Ulu Klang, 53300 Kuala Lumpur bagi melihat dan mencuba pakaian koleksi terbaru Rins Suzana.



JACKET (CODE 3674) : RM59   DISCOUNT 10% = RM 53 (black/choc ** size S & M)
BLOUSE (CODE 6982) : RM59  DISCOUNT 20% = RM 47  (black/white/grey ** size S & M)

DRESS (CODE 1061044) : RM60   DISCOUNT 20% = RM 48 (black maroon/black choc ** FREE SIZE)
INNER (CODE M7298) : RM19   DISCOUNT 10% = RM 17 (black/white/pink/red/grey ** FREE SIZE)

BLOUSE (CODE 6979) : RM59   DISCOUNT 20% = RM 47 (black/pink/blue ** size S & M)

BLOUSE (CODE 6982) : RM59   DISCOUNT 20% = RM 47 (black/white/grey ** size S & M)